Thursday, 3 July 2014

Info Tayangan The Red Warriors The Movie


Tatkala pemain pasukan lain sedang berehat dan menjalani ibadah puasa bersama keluarga, beberapa pemain The Red Warriors terpaksa melupakan 'keindahan' itu kerana mereka terlibat dalam penggambaran filem TRW The Movie yang giat dijalankan sekarang.

Antara pemain yang terlibat dalam filem bersejarah itu ialah Fitri Omar, Wan Zaharulnizam, Wan Zack Haikal dan Tuan Faim.

Filem tersebut dijangka akan ditayangkan sekitar tiga bulan lagi.

Thursday, 26 June 2014

Intipati Majlis Sepetang Bersama Tan Sri Annuar Musa

Sebagai satu usaha untuk menjawab persoalan yang timbul dikalangan penyokong setia The Red Warriors mengenai pasukan mereka pada musim ini, Tan Sri Annuar Musa mengambil inisiatif untuk mengadakan satu majlis khas yang dibuat khas untuk menjemput penyokong yang mahu mengetahui sesuatu dari dalam pasukan The Red Warriors.

Antara intipati majlis tersebut ialah :
- Tan Sri berkata, mengurus pasukan bolasepak dengan sukarela merupakan bukan tugas yang mudah kerana sudah banyak pasukan yang bergelar jaguh tersungkur
- Antara ramai-ramai tonggak yang berhijrah musim lepas, hanya seorang yang memaklumkan kepada beliau.
- KAFA sudah menghubungi beberapa pemain termasuk bekas pemain Kelantan untuk menguatkan pasukan musim depan.
- Mohammed Ghaddar digugurkan kerana masalah disiplin yang dilihat boleh menggugat semangat kekeluargaan didalam pasukan Kelantan.
- PBNJ melalui Tengku Mahkota Johor telah membayar harga setahun kontrak Nazrin Nawi bersama Kelantan selepas pemain itu melanggar perjanjian MoU dengan KAFA untuk beraksi bersama Kelantan musim ini.
- Semua bonus yang dijanjikan telah disampaikan kepada pemain sebelum perlawanan menentang Terengganu semalam.
- Tan Sri Annuar Musa mengakui kesilapan memilih pemain import musim ini.
- Mensasarkan kejuaraan treble untuk pasukan Kelantan musim depan dengan kekuatan yang bakal ditampilkan.
- Perlawanan amal dengan pasukan juara Liga Super, Johor Darul Takzim I akan dilangsungkan pada 13 Julai di Kota Bharu. Kutipan tiket akan disumbangkan kepada anak yatim.
- KAFA mahu menjemput beberapa bekas pemain Kelantan termasuk Mouhammadou Moustapha dan Lek Kcira untuk perlawanan malam itu.
- Tan Sri mengakui sedikit kecewa dengan penyokong Kelantan yang cepat berputus asa ketika pasukan sedang terumbang-ambing.
- Tan Sri mengakui liga professional tidak memerlukan kita meremajakan pasukan. Usia seseorang pemain bukan ukuran sebaliknya prestasi.
- Tan Sri berpuas hati dengan pencapaian Kelantan musim ini dengan menduduki tangga ke-enam liga dan dalam kelompok empat terbaik Piala FA.

Monday, 23 June 2014

Isu Musim Ini : Stadium Sultan Muhammad ke-IV 'Sepi'


Liga Super 2014 sudah tiba dipenghujungnya dengan pasukan Kelantan berada dikelompok lima pasukan terbaik dan sedang mencuba untuk memintas Terengganu ditangga keemmpat. Namun kejayaan menghuni kelompok itu tidak membawa apa-apa makna bagi penyokong Kelantan, sebaliknya Stadium Sultan Muhammad ke-IV mulai sepi pada awal musim ini.

Entah dimana silapnya, penyokong tegar The Red Warriors kini bagaikan lebih rela menunggu keputusan perlawanan pada keesokan hari perlawanan dan tidak 'geram' untuk turun ke stadium menyokong pasukan tercinta.

Disebalik fenomena kehilangan penyokong itu, KAFA pada pra-musim ini melancarkan kempen baru iaitu 'Satu Stadium Satu Suara' yang mahu dijadikan sebagai satu platform untuk memberi semangat kepada pemain melalui paduan suara yang dapat membangkitkan semangat kepada pemain. Usaha ini dilihat 'tergendala' memandangkan penyokong tidak ramai.

Berdasarkan pemerhatian admin, kekurangan penyokong Kelantan dari satu perlawanan ke satu perlawanan berpunca dari ketidakpuas hatian mereka terhadap kepimpinan KAFA. Hal ini kerana beberapa kontroversi seperti kontroversi membuang Obinna dan Ghaddar yang belum dijawab KAFA sebab tindakan tersebut diambil tanpa diketahui penyokong secara lebih jelas.

Selain itu, prestasi skuad Kelantan pada musim ini turut menjadi faktor utama. Prestasi yang kurang meyakinkan menyebabkan penyokong berasa rugi dengan harga RM 15 yang dibayar untuk sekeping tiket di stadium ini.

Tambahan pula, sikap pemain yang dianggap seperti 'tidak menghargai' penyokong yang datang terutama ketika mereka bersusah payah dan berkorban untuk perlawanan di tempat lawan juga dikhabarkan menjadi faktor utama. Pemain seolah-olah bertindak seperti tidak memerlukan penyokong. Hal ini menyaksikan penyokong seperti kecewa dengan tindakan pemain yang terus meninggalkan padang selepas perlawanan.

Semoga segala kelemahan dan kekurangan dapat dibaiki untuk terus berjuang pada saingan Piala Malaysia dan pemain serta pengurusan perlu berusaha sekerasnya untuk mengembalikan kepercayaan penyokong. Majulah bolasepak untuk Negeri Kelantan kita.

AMARAN : -- Ini hanya pandangan peribadi.

Sunday, 22 June 2014

Pemain Kelantan Terima Pingat Setia


Empat pemain Kelantan menerima Pingat Setia sempena Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V di Dewan Jubli Perak, Istana Kubang Kerian hari ini.

Empat pemain tersebut ialah dua penjaga gol, Shahrizan Ismail dan Khairul Fahmi Che Mat serta dua pemain pertahanan, Zairul Fitree dan Nik Shahrul Azim.

Pembantu jurulatih, Sideek Shamsuddin turun dipilih sebagai penerima pingat.

Untuk rekod, Sultan Muhammad V pernah menganugerah pingat kepada pemain Kelantan antara Ghaddar, Indra, Farisham, Norfarhan, Nurul Azwan Roya, S. Chanturu dan ramai lagi.

Friday, 20 June 2014

Live Streaming Johor DT vs Kelantan


Live Streaming Johor DT vs Kelantan, sila click LINK dibawah :

Thursday, 19 June 2014

Johor DT vs Kelantan - 20 Jun 2014


Kelantan akan turun ke Larkin dalam misi untuk terus mencari kedudukan terbaik dalam Liga Super 2014 yang hanya berbaki dua perlawanan lagi.

Meskipun akan turun tanpa kelibat beberapa pemain tonggak, namun ia dijangka tidak menjadi masalah besar untuk Kelantan mencuba untuk mengejutkan pendahulu liga super itu.

Perlawanan tersebut akan disiarkan secara live di Astro Arena.

Friday, 23 May 2014

Kelantan Turun Tanpa Forkey Doe & Tagoe



Kelantan sekali lagi dijangka akan turun tanpa kelibat dua penyerang import, Forkey Doe dan Prince Tagoe akibat kecederaan yang dialami dua pemain itu.

Meskipun telah menjalani bersama pasukan sejak beberapa hari lalu, namun kecergasan dua pemain import itu masih dibawah tahap yang diinginkan dan menyaksikan mereka mungkin sekali lagi tidak dapat diturunkan untuk perlawanan menentang T-Team, Sabtu ini.

Namun keadaan Forkey Doe masih didalam pemerhatian dan masih mempunyai sinar harapan untuk membantu Kelantan malam esok.

Jika tidak sembuh juga, bermakna Kelantan buat kali kedua akan turun dengan kekuatan pemain tempatan di jentera serangan.

Namun, jurulatih Kelantan, George Boateng optimis semangat yang ada pada pemainnya mampu mengatasi segala masalah dalam pasukan ketika ini.

Kredit foto : Meezan DeFella.

Sunday, 23 February 2014

Jersi Piala AFC Kelantan Dapat Tajaan RM 1 Juta dari Kementerian


Pasukan Kelantan mendapat tajaan tajaan RM 1 juta dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk meletakkan 'visit Malaysia' di jersi yang akan dipakai ketika saingan Piala AFC itu. Tindakan itu bertujuan untuk mempromosikan negara Malaysia ke seluruh dunia dengan kerjasama Umbro yang akan memasarkan jersi tersebut ke serata dunia.

Menurut Menteri Kementerian Pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz, pasukan Kelantan wajar mendapat tajaan sebesar itu kerana pasukan itu akan beraksi di peringkat asia (AFC).

"Pasukan terbabit layak mendapat tajaan ini berikutan kejayaan dalam kejohanan bolasepak di negara ini serta mereka akan beraksi diperingkat asia pula selepas ini" - kata beliau sejurus selepas hadir merasmikan jersi Piala AFC Kelantan 2014 di Ruang Legar Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.

Saturday, 8 February 2014

Shakir Ali Mahu Terus Gegar Gawang Lawan


Penjaring gol kemenangan Kelantan pada pertemuan menentang Sabah dalam aksi pusingan kedua Piala FA Selasa lalu, Ahmad Shakir Ali berazam mahu terus tampil cemerlang bagi membantu pasukannya menewaskan Perak dalam aksi Liga Super, malam ini.

Beliau mengaggap, jaringan pada aksi menentang Sabah itu memberi satu tonik berharga buat dirinya untuk terus bekerja keras membantu pasukan pada perlawanan seterusnya.

"Sebagai seorang pemain penyerang, jaringan amat diperlukan sebagai motivasi untuk terus bekerja dengan lebih keras"

"Jika diberikan peluang, beliau akan mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan menentang Perak untuk membalas kepercayaan pasukan kepada beliau" - ujar Shakir.

Kelantan akan menentang Perak pada malam ini dalam aksi Liga Super 2014 di Stadium Ipoh. Perlawanan tersebut akan disiarkan secara langsung oleh Astro Arena.

Tuesday, 14 January 2014

Gambar Jersi Kelantan 2014

Gambar rasmi jersi Kelantan musim 2014 yang dilancarkan hari ini.








kredit gambar kepada pemilik asal.

Thursday, 9 January 2014

Forkey Doe Tekad Ulangi Sentuhan Berbisa


Penyerang import pasukan Kelantan, Forkey Doe atau lebih 'sohor' dipanggil 'Predator' bertekad mahu mengulangi kejayaan merangkul Anugerah Kasut Emas 2012 bersama Kelantan, musim ini.

Menurut pemain import sensasi itu mengakui mengalami sedikit kesukaran untuk mencari keserasian bersama pasukan dan rakan-rakan baru namun beliau menegaskan, tiada apa yang mustahil apabila berusaha bersungguh-sungguh.

"Saya mengakui agak mencabar untuk mencari keserasian dan bersaing dengan pemain tempatan yang berpengalaman namun tiada yang mustahil jika saya berusaha bersungguh-sungguh" - kata Forkey Doe.

Pemain kelahiran Liberia itu turut mengakui bahawa fokus dan bantuan daripada rakan sepasukan amat penting untuk membantu Kelantan merangkul seberapa banyak kejuaraan musim depan.

GOMO DOE GOMO !

Wednesday, 8 January 2014

Khairul Fahmi, Nik Shahrul Kekal Sehingga 2019


Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain pertahanan, Nik Shahrul Azim akan terus beraksi dengan pasukan Kelantan sehingga 2019 selepas menandatangani kontrak lanjutan, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif TRWFC Sdn Bhd, K. Ramalingan berkata, dua pemain itu tidak mementingkan kontrak yang lebih 'besar' tetapi mereka sangat berkomitmen untuk menabur bakti di Kelantan.

"Pendirian mereka amat saya hormati. Tidak seperti pemain lain. Kita pasti komitmen yang diberi akan dibalas dengan input terbaik daripada pemain"- kata K. Ramalingan di TRW Cafe semalam.

Bagi Khairul Fahmi pula, sudah tiba masanya untuk membalas jasa KAFA selama ini.

"Saya asal sini (Kelantan) dan Kelantan telah banyak bantu saya dalam karier bolasepak. Sudah tiba masanya untuk saya pula membalas jasa Kelantan" - kata Khairul Fahmi yang turut hadir ketika sesi sidang media, petang semalam.

Foto : Amierul Hisham

Tuesday, 7 January 2014

Jersi Rasmi Kelantan 2014 (Training Kit)

Persatuan Bolasepak Kelantan KAFA melalui laman facebook rasmi mereka telah memuat naik beberapa gambar jersi latihan rasmi Kelantan 2014








Pemain Kelantan memakai jersi latihan baru semalam ketika sesi pemanas badan ketika perlawanan menentang Perlis.

Berdasarkan pemerhatian admin, jersi dibawah ini mungkin jersi baru kita musim depan. Untuk info lanjut, baca di SINI.
Ini pula dikhabarkan jersi Kelantan musim 2014 walaupun belum disahkan KAFA.

Kredit gambar kepada pemilik asal iaitu Haz Jaya.

Friday, 3 January 2014

Pelancaran Jersi Kelantan 2014, 15 Januari ini ?


Selepas sekian lama berteka-teki, KAFA akhirnya dikhabarkan telah mendedahkan tarikh pelancaran jersi pasukan Kelantan musim 2014.
KelantanFC.Net
Menurut info, jersi Kelantan musim depan akan dilancarkan di Kota Bharu pada 15 Januari depan manakala jersi bagi saingan Piala AFC pula akan dilancaarkan pada 20 Januari di Kuala Lumpur.

Jersi Kelantan dalam saingan Liga Malaysia adalah tajaan dari Warriors iaitu syarikat milik KAFA manakala bagi saingan Piala AFC pula dikhabarkan akan ditaja oleh Umbro.

Tunggu pengesahan rasmi KAFA tentang tarikh pelancaran ini....

Thursday, 2 January 2014

Piya Berazam Mahu Terus Menutup Aurat di Padang


Pemain paling bernilai Liga Malaysia 2014, Mohd Badri Radzi atau mesra disapa Piya mahu 'berhijrah' apabila beliau menyuarakan hasratnya untuk terus menutup aurat ketika beraksi dipadang.

"InShaAllah saya akan terus menutup aurat selepas ini (ketika beraksi)" - kata Piya.
KelantanFC.Net
Penghijrahan pemain yang digelar 'kapten marvel' itu bertepatan dengan kempen menutup aurat yang dilancarkan di Negeri Kelantan, baru-baru ini.

Semoga Piya terus menutup aurat :) Doa-doakan beliau.

(6 Januari 2014)
Twitter kami di @KelantanFCNet